MESTI BACA, BAH!!
print this page
ENTRI TERKINI

PRK #PengkalanKubor: Pertandingan 3 Penjuru #PrkPengkalanKubor


Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila Barisan Nasional (BN) dan PAS sekali lagi akan berdepan seorang calon Bebas.

Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kini bersedia di pusat penamaan calon bersama dua orang pencadang.

Pusat penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi dan kini ketiga-tiga calon sudah bersedia di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat bagi menyerahkan borang pencalonan mereka.

Calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim menghantar borang pencalonannya tepat pada 9.05 pagi, calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mail pada 9.06 pagi manakala Izzat pada 9.13 pagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpuas hati dengan pencalonan mereka dan tiada yang ditolak.

Semasa PRU13 lalu, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar berjaya memenangi kerusi Pengkalan Kubor dengan majoriti 1,736 undi mengalahkan calon PKR yang hanya memperoleh 8,438 undi.

PRK Pengkalan Kubor diadakan ekoran kematian Noor Zahidi kerana menghidap penyakit kanser pada bulan lalu.
3 comments

PRK #PengkalanKubor: Ustaz Mat Razi Akan Sambung Legasi Datuk Di #PrkPengkalanKubur

[Ustaz Mat Razi berdoa semasa melawat pusara Allahyarham Datuk Di] 

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat, Mat Razi Mat Ail diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Mat Razi, 49, yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mat Razi merupakan anak tempatan dan merupakan Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat.

Biarpun begitu, ada di antara penduduk memanggilnya Ustaz Mat Razi kerana beliau aktif dalam pelbagai aktiviti agama termasuk mengasaskan sekolah pondok di tanah wakaf sendiri Kampung Simpangan.

Selain itu beliau turut menjadi imam di Masjid Simpangan dan pernah muncul sebagai johan taranum al-Quran ketika menuntut di maktab perguruan dahulu.

Pengumuman beliau sebagai calon BN dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Operasi PRK Pengkalan Kubor BN, di sini hari ini. -UM

[Mantan ADUN BN Pengkalan Kubor, 
Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar... al-Fatihah~!!]

3 comments

PRK #PengkalanKubor: Mat Razi Mat Ail Calon BN! #PRKPengkalanKubor


TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi telah mengumumkan calon BN bagi PRK Pengkalan Kubor iaitu Ustaz/Cikgu Mat Razi bin Mat Ail.


BIODATA RINGKAS:

Nama: MAT RAZI bin MAT AIL
Umur: 49 tahun
No. KP: 651119-03-5219
Asal: Kg. Ketil (DUN Pengkalan Kubor)
Jawatan Sekarang: Penolong Pegawai PPD Tumpat (Pengurusan Sekolah)

Kelulusan:

BA (Hons) Sejarah & Persuratan Melayu UKM (1999)
Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Kedah (1988)

Keluarga:

Isteri: Khairos bt Husin (Guru SK Simpangan Tumpat)

Anak: 6 org (3 lelaki 3 perempuan)
Izamir(UiTM - Art&Design)
Nur Izati(UIA - Bahasa Arab)
Aizat(Maahad Tumpat)
Nur Zahirah (Maahad Tahfiz Tanah Merah)
Nur Maisarah dan Zulfahmi(SK Simpangan, Tumpat)

Penglibatan Politik:

Semenjak 1990 sebagai Setiausaha Cawangan Simpangan, Tumpat
AJK Pemuda UMNO bermula 2005
AJK UMNO Bahagian bermula 2009

Kegiatan Kemasyarakatan:

Mengasaskan sekolah pondok di tanah wakaf sendiri Kg.Simpangan
pada 9.11.2012 dgn pengambilan pelajar seramai 50 orang
setiap hujung tahun.

Mantan ADUN Pengkalan Kubor, Dato Noor zahidi turut menyumbang
RM50ribu pada tahun 2013, untuk operasi pondok ini.

Pengajian pelajar percuma, makan percuma.

Pengalaman Kerjaya:

Mula berkhidmat pada 1988 di SK Bunohan (8 tahun)
1999 (SMK Sri Kurau perak)
2002(SMK Ayer Lanas, Jeli)
2003-2008 (SMK Geting) Guru Pemeriksa Sejarah.

Lain-lain:

Pernah menjadi johan tilawah alQuran Taranum semasa di Maktab.

Mula mengaji di Pondok TG Haji Wan Mat, Jal Besar
(1982 sehingga tuan guru meninggal 1994)

Pergi haji pertama 1994. Haji ke2 pada tahun 2008.
Membawa jemaah umrah setiap tahun bermula 2011.


3 comments

PRK #PengkalanKubor: Pemuda UMNO Dekati 45% Pengundi Muda @KhairyKj @azwanbro #PrkPengkalanKubor


Pemuda Umno akan pastikan kira-kira 45 peratus pengundi muda di kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubur didekati jentera pergerakan itu sepenuhnya sebelum pilihan raya kecil kawasan itu.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata undi kumpulan berkenaan adalah penting bagi memastikan DUN itu kekal di tangan Barisan Nasional(BN), lebih-lebih lagi majoriti yang dimenangi tidak begitu besar.

"Saya pun dah arahkan Naib Ketua Pemuda ke sana sejak minggu lepas. Kita dah buat persiapan awal dan kita sedang kumpulkan maklumat tentang pengundi-pengundi muda di sana.

"Pengundi-pengundi muda di bawah 40 tahun di Pengkalan Kubur adalah seramai 45 peratus, jadi agak tinggi. Bagi saya amat penting bagi kita cuba mendekati seramai mungkin di kalangan mereka," katanya kepada pemberita selepas menyertai program senamrobik anjuran radio Era FM di sini, Isnin.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari BN akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Pada PRU 2013, Noor Zahidi yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor pada 25 September manakala penamaan calon pada 13 September.
2 comments

PRK #PengkalanKubor: PKR Serah Kepada PAS #PrkPengkalanKubor


SHAH ALAM: PKR telah memutuskan untuk memberi laluan kepada calon Pas bertanding di kerusi Dun Pengkalan Kubor pada 25 September ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan itu dicapai selepas pihaknya dalam memastikan kerjasama dan muafakat PR berterusan.

"Untuk berhadapan dengan Umno-BN secara berkesan, keutuhan dan kesepakatan dalam PR perlu dipertahankan agar kita bersatu menentang parti itu.

"Saya percaya ini hanya dapat dicapai melalui tolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar dan kita perlu kembali kepada hasrat rakyat agar PR terus menumpukan usaha menggembleng semula tenaga rakyat berhadapan Umno-BN," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Ahad lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, PKR Kelantan bersetuju memberi laluan kepada Pas bagi mengambil alih kerusi Dun Pengkalan Kubor untuk ditandingi oleh calon Pas, 25 September ini.

Beliau berkata, perkara itu dipersetujui bersama pihak Pas Kelantan dan PKR Kelantan dalam satu perbincangan yang diadakan, baru-baru ini.

Kerusi Dun N01 Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser pada 20 Ogos lalu.

Allahyarham yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kelantan meninggal dunia di Ghuangzhou, ketika mendapatkan rawatan.

Pada PRU13 lalu, Noor Zahidi menang dengan majoriti 1,763 undi walaupun pilihan raya itu berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan calon PKR, Shahrun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary. -SH

2 comments

PRK #PengkalanKubor: UMNO Akan Teruskan Legasi DatukDi #PrkPengkalanKubor @BN4PRK


Pengundi di Pengkalan Kubor akan terus menyokong Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 25 Sept depan.
Ini kerana mereka mahu individu yang menjadi wakil rakyat itu menyambung legasi perjuangan Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar atau lebih dikenali sebagai Datuk Di di kalangan penduduk tempatan, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata disebabkan itu BN akan memilih calon yang berkebolehan melangsungkan perancangan dan kerja Allahyarham Noor Zahidi sama ada dalam hal kemasyarakatan, kerohanian dan pembangunan.

"Rakyat dan pengundi di Pengkalan Kubor mengetahui bahawa calon wakil rakyat mereka adalah calon BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Pertemuan Bersama Masyarakat di sini, hari ini.

Beliau berkata sepanjang lawatanya yang sudah masuk kali kelima, beliau tidak nampak tanda-tanda rakyat di Pengkalan Kubor ingin menukar calon wakil rakyat mereka daripada BN.

"Kita yakin siapa sahaja yang dipilih sudah disemak dengan teliti oleh pucuk pimpinan. Apa yang penting Umno dan BN akan menyambung semua kerja baik yang ditinggalkan Allahyarham," katanya.

Katanya, antara kejayaan Allahyarham adalah membawa pembukaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di kawasan itu dan usaha mengatasi masalah banjir.

"Kesinambungan perjuangan akan diteruskan BN, namun jika perkara itu tidak berlaku tidak adalah kesinambungan itu," katanya.

PRK DUN itu diadakan berikutan kematian penyandang Noor Zahidi, 57, pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 Sept ini sebagai tarikh penamaan calon. -agendadaily
2 comments

PRK #PengkalanKubor: PAS atau PKR... BN Tak Gentar!!


Umno Bahagian Tumpat tidak khuatir untuk bertanding dengan sesiapa sahaja dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini.

Pemangku Ketua Umno bahagian itu Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz berkata ini kerana persiapan untuk memantapkan PRK sudah digerakkan bagi menghadapi cabaran itu termasuk kemungkinan Barisan Nasional (BN) berdepan dengan calon PAS.

"Persiapan kami berasaskan kekuatan BN dan bukan berasaskan bertembung dengan PKR atau PAS kerana bagi kami semuanya sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Khidmat Bantu Di Rumah di Tumpat hari ini.

Katanya pengundi dan jentera parti juga turut menyatakan semangat mereka lebih tinggi berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lepas kerana mereka akan meneruskan legasi semangat perjuangan yang diasaskan Ahli Dewan Undangan Negeri yang juga Ketua Umno Bahagian itu, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar.

"Mereka ingin menghadiahkan kemenangan BN kepada Allahyarham yang dilihat amat berbakti kepada semua penduduk," katanya.

PRK itu diadakan berikutan kematian Noor Zahidi, 57, pada 20 Ogos lepas.
Pada PRU lepas, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. – bernama
2 comments

PRK #PengkalanKubor: Pakatan Fights Its Demons Inside, Not The Devil Outside!!


Pengkalan Kubor in Kelantan is poised to grab the national limelight in the coming days as another political episode will likely shape up in this largely rural constituency.

“Kubor” in the national language literally means tomb or a graveyard, or a gentler definition - a burial ground or site.

In two weeks or so, Malaysians would probably know if the political impasse in Pakatan Rakyat will blow up into a full scale dispute.

The Pengkalan Kubor by-election is called after the unexpected demise of its Barisan Nasional incumbent Datuk Noor Zahidi Omar.


Noor Zahidi, seen as one of the new generation of leaders in Kelantan Umno, passed away suddenly at a relatively young age of 57 from liver cancer.

He discovered it late and frantic attempts to treat the cancer in China failed, as he passed away there while undergoing treatment.

The Election Commission has fixed nomination on Sept 13 with polling on Sept 25 – over two weeks of what observers expect to be tough campaigning, new strategies and cross-accusations.

But this time in Kelantan, it will be a different by-election altogether due to the rapidly changing political climate.

The politics there has gravitated into something of an embarrassment of sorts lately, as based on news reports and interviews, a three-cornered fight may ensue.

In Pakatan, allies PAS and PKR are claiming the seat while Umno, as the incumbent is the logical choice to defend the constituency, which is located next to the Thai riverfront border.

Pengkalan Kubor is one of the nine border crossing townships along the dense Malaysia-southern Thai boundaries.

The electorate also comprises of a strong number of Malaysians of Thai descent community.

Politics is an art of perception as the saying goes, but for most observers out there, it is more of a deception.

But let us focus on the facts rather than anything of a spin.

Realistically, PKR does not have a credible presence in Kelantan based on the last election results where it contested five state seats and only won one in Guchil.

Pengkalan Kubor is a seat under the Tumpat parliamentary area where the Member of Parliament is the three-term ex-academician Datuk Kamaruddin Jaafar, a former PAS secretary general.

It holds the remaining three state seats under the Tumpat parliamentary constituency (Kelaboran, Pasir Pekan and Wakaf Bahru).

The assemblyman for Pasir Pekan is none other than the new Kelantan Mentri Besar Datuk Ahmad Yakob who succeeded Datuk NIk Abdul Aziz Nik Mat – the iconic PAS spiritual adviser.

Pengkalan Kubor is the only seat under Barisan in Tumpat and the fact that the late Noor Zahidi retained it, not once but twice, is a testimony of his splendid track record in the constituency.

The voters in Pengkalan Kubor valued him more for his contributions rather than the party he represented – Umno, said Mohd Sayuti Ismail, one of the many pundits there.

It also shows the savviness of Kelantan voters who are often critical of their assemblymen and expect them to perform.

Therefore, it makes sense for Kelantan Deputy Mentri Besar Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah to mention that PAS was keen to contest the seat due to its winnability factors.

Kelantan PKR, just like in Selangor, must accept that it has lost some strength as history would keep on repeating if people cannot accept the fact that “infighting will render one weak.”

So for Pakatan’s sake, it makes sense for PAS to contest.

However if PAS does contest, it may not be fiery as before since both PAS and Umno, or rather the PAS ulama leadership and the nationalistic party seem to be on the same page on a few issues.

When Kelantan PAS proposed the adoption of “hudud” into the state legislative laws and amending the Penal Code for it, Umno in Kelantan supported it to a degree.

Party strongman Datuk Seri Annuar Musa concluded that Umno people, as Muslims, have to accept hudud, but its implementation needs further study.

Ahmad was among the first few PAS ulama to support the party’s earlier decision to stand by the embattled Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim in his quest to remain as Selangor Mentri Besar.

Since last year, the state legislative assembly proceedings in Kelantan seemed subdued compared to previous encounters as both PAS and Umno lowered down their volume of discontent.

Ahmad was even present at the international airport in Pengkalan Chepa when the aircraft brought home the casket of Noor Zahidi. He told journalists that his presence was a mark of respect for the deceased and his family.

So how would the parties campaign next month in light of the present climate where PAS seems to be fighting PKR more than their traditional foe – Umno.

Would PAS and PKR contest for the seat separately?

Nothing is impossible in politics as it is the art of making something unmanageable, possible.

It would be quiet affair though, Sayuti predicts, saying the real battle would be a proxy one happening on the side-lines.

In PAS, it would be a contest where the ulama leadership of Ahmad and NIk Amar wants to consolidate their hold in Kelantan versus the moderate elements in the Islamist party.

In PKR, its state leaders would want to ensure that the party remains relevant despite the bruises from the infighting and the consequences of seeking to oust Khalid in Selangor.

And for Umno, it is on whether its state leadership can capitalise since PAS’s strongest arsenal, the much revered Tok Guru Nik Abdul Aziz, had opted to retire.

In a nutshell, the Pengkalan Kubor by-election is more of Pakatan fighting its demons inside, rather than the devil outside.

This is likely to raise the level of interest and excitement in the by-election. -TAD
3 comments
 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. @BN4PRK - All Rights Reserved
xxxx xxxx xxxx xxxx
Proudly powered by Blogger